
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hanya berbaki kurang dua minggu sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Syawal.
Pastinya pada ketika ini ramai yang mengambil peluang menyediakan persiapan bagi menyambut lebaran sama ada membeli baju raya, menghias kediaman atau membeli kuih raya.
Namun dalam pada orang ramai sibuk membuat persiapan, ada golongan yang kurang berkemampuan untuk menyediakan semua ini.
Pun begitu, masih ada segelintir individu khususnya peniaga yang mempunyai sifat ihsan dan nilai kemanusiaan membantu golongan tidak berkemampuan mengikut cara mereka tersendiri.
Pelanggan Tak Mampu Beli Kuih Raya, Peniaga Nekad Jual Dengan Harga RM6
Gara-gara pengalaman lama berdepan pelanggan yang tidak mampu memenuhi permintaan anak untuk membeli kuih raya kerana tidak cukup duit, seorang peniaga nekad menjual kuih raya dengan harga RM6 sebekas.
Peniaga yang dikenali sebagai Khairunni Ahmad Zabidi menjelaskan cetusan idea menjual biskut raya dengan harga mampu milik itu tercetus setelah dia berbincang dengan anaknya, Norhidayu Abdullah gara-gara peristiwa berkenaan.
“Biasalah pelanggan bila bawa anak-anak, ada anak yang peluk terus balang biskut namun kerana harganya sekitar RM28 hingga RM35 sebalang, pelanggan tidak mampu nak bayar biskut yang dimahukan.
“Jadi saya jual biskut serendah RM6. Jika pelanggan ada RM50 dengan biskut raya rahmah ini mereka boleh dapat hingga lapan bekas,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Mahu Orang Ramai Berpeluang Buat Persiapan Raya
Jelas Khairunni, walaupun keuntungan tidak seberapa dan kuantiti dalam satu bekas hanya mengandungi 18 hingga 20 kuih, apa yang penting adalah semua orang berpeluang membeli dan membuat persiapan raya.
Sebanyak lebih 100 jenis biskut raya yang dibuat bersama kakaknya, Suhairah Ahmad Zabidi serta anak dan dijual di gerai mereka yang terletak di lot parkir stesen minyak Shell, Jalan Raja Ashman, Ipoh, Perak serta beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Ia juga merupakan hasil air tangan pekerja Khairunni yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal.
Difahamkan, tahun ini merupakan tahun kedua dia menjual kuih raya dengan harga rahmah.
Malah sejak 15 Mac yang lalu, dianggarkan sebanyak 7,500 bekas telah terjual antaranya biskut mazola, tart nenas, almond London, biskut nestum dan gandum serta rempeyek.
“Semua biskut yang dihasilkan diadun sendiri dengan bantuan 15 pekerja dalam kalangan ibu tunggal untuk kita bantu jana pendapatan mereka.
“Alhamdulillah sambutan yang kita terima amat menggalakkan dan tahun ini pun saya tengok kebanyakan pelanggan yang hadir merupakan pelanggan sama tahun lepas,” kongsinya.
Tetap Pentingkan Kualiti & Rasa Walaupun Harga Murah
Tambah Khairunni yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pembuatan biskut raya mendedahkan dia amat mementingkan rasa serta kualiti produk walaupun dijual pada harga mampu milik.
“Tanggapan orang mungkin kuih raya kami murah sudah pasti kualitinya rendah tetapi ia setanding kuih premium, itu antara maklum balas pelanggan.
“Zaman sekarang orang nak berjimat jadi pelanggan bantu beli jualan saya dan saya pula bantu jual dengan harga murah,” katanya.
Malah, proses membuat kuih raya bergantung dilakukan setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Tetap Kekalkan Harga RM6 Walaupun Berlaku Peningkatan Kos
Jelas wanita itu lagi, dia tetap akan mengekalkan harga RM6 walaupun terdapat peningkatan dalam kos barangan.
“Selain meneruskan kelangsungan hidup, perniagaan ini juga sebagai satu daripada cara untuk menampung kos perubatan Norhidayu (anak) yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya.
Pelanggan Suka Datang Kerana Banyak Pilihan
Dalam pada itu, seorang pelanggan yang dikenali sebagai Hasbol Mustafa mendedahkan tahun ini merupakan tahun kedua dia membeli biskut raya di situ kerana pelbagai pilihan ditambah dengan harga yang murah.
“Apabila balik ke Ipoh pasti saya akan singgah untuk dapatkan stok kuih raya kerana sedap dan banyak pilihan tanpa perlu berkira mengenai harga.
“Mungkin sebab itu orang ramai masih memilih dan mencari biskut raya harga RM6 ini apabila menjelang Aidilfitri,” jelasnya.
Selain biskut Rahmah, ada juga biskut premium yang dijual dengan harga RM30 ke atas yang kesemuanya menggunakan butter Lurpak dan Anchor.
Opah Chik kembali dengan biskut Rahmah RM6.00 sebekas.. Tahun ini biskut ulat bulu laku keras 🤩 Tahun ni total 60 jenis…
Posted by VIRAL PERAK on Tuesday 18 March 2025
Comel je Opah Chik promote biskut raya 😀 Tahun ni sebekas RM6 sahaja. 📍 Belakang Shell Jalan Hospital, Ipoh (depan Perkeso) 🕘 9am – 12am #cookies #biskut #kuihraya #ipoh #viralperak
Baca Artikel Berkaitan: “Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Berhimpit Lelaki Perempuan” – Aksi Pelanggan Rebut Stok Kuih Raya Jadi Perhatian [Video]
Source:

![[Review] Patutlah Ramai Hype, Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 ‘Syurga’ Buat Si Kaki Makan!](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![[Review] ‘Lock Up Raya’ Beri Wajah Baru Penjara Lama Di Johor Bahru, Siap Boleh Shopping Lebaran](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

