Pernah Biayai Kos Pembedahan Otak, Steven Sim Syukur Adik Rayyan Makin Sihat

Family & Parenting
22 Jan 2024 • 12:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim meluahkan rasa syukur apabila adik Rayyan yang pernah dibiayai kos untuk pembedahan otak makin sihat selepas lebih enam bulan mendapatkan rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sim di laman X, dia berkesempatan berkunjung ke rumah adik Rayyan bagi melihat sendiri perkembangan kesihatannya.

Steven Sim syukur adik Rayyan makin sihat

Difahamkan, Sim menghulurkan bantuan kepada ibu bapa adik Rayyan pada tahun lepas untuk pembedahan terakhir yang secara tidak langsung meringankan beban keluarga tersebut.

“Tujuh kali pembedahan kepala. Kali terakhir ibu ayah minta bantuan sebab dah tak larat. Saya hulur sumbangan peribadi tahun lepas untuk operation terakhir.

“Syukur sudah lebih 6 bulan kini adik Rayyan makin sihat. Moga adik boleh kembali sihat dan balik ke sekolah. Dia dah rindu kawan-kawan,” ujarnya.

image is not available

Bukan itu sahaja, Sim akan membawa adik Rayyan untuk mendapatkan fisioterapi di sebuah hospital swasta dan akan menanggung rawatan tersebut.

Dalam pada itu, ahli parlimen Bukit Mertajam itu turut berharap Rayyan sentiasa sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

image is not available

“Ada seorang fisioterapi, nanti saya minta bawa pergi sana suruh dia periksa kalau boleh buat pergi kat sana, swasta punya..saya bayar.

“Rayyan cepat sembuh kemudian, boleh pergi sekolah dengan cepat. Tahun ni raya boleh makan ketupat, lari-lari,” katanya lagi.

Sumber: X @Steven Sim

View Original Article