Pernah Cedera Main Bola, Murid Darjah Lima Alami Retak Lutut Akibat Ketuk Ketampi 30 Kali

5 Feb 2023 • 2:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai seorang murid lelaki darjah lima yang mengalami retak lutut akibat didenda ketuk ketampi oleh gurunya.

Murid berkenaan didakwa menerima hukuman tersebut oleh kerana alasan tidak hadir ke sekolah.

Retak lutut

image is not available

Ibu kepada mangsa berkata anak lelakinya itu pernah mengalami kecederaan yang sama disebabkan jatuh ketika bermain bola pada tiga bulan yang lalu. Doktor juga telah menasihatkan agar murid tersebut tidak melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

Dia selalu terlepas beberapa kelas di sekolah disebabkan kecederaan dirinya. Saya juga sudah maklumkan keadaan itu kepada cikgu-cikgunya. Anak saya tidak hadir ke sekolah pada 8 Januari lalu sebab dia mengalami cirit-birit. Saya dan maklumkan hal berkenaan di dalam group Whatsapp.

Ibu mangsa juga memberitahu bahawa laporan polis telah dilakukan berhubung dengan kejadian itu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media