Pernah Dikenakan Sekatan, Kelab Bola Dari Borneo Ini Sudah 4 Bulan Tak Bayar Gaji Pemain

11 Aug 2022 • 1:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sampai bila masalah tunggakan gaji ini akan membelenggu Liga Malaysia?

Pernah Dikenakan Sekatan, Kelab Bola Dari Borneo Ini Sudah 4 Bulan Tak Bayar Gaji Pemain. Dilaporkan, terdapat sebuah kelab bola sepak besar berpangkalan di Borneo mengalami masalah di mana sudah empat bulan tidak membayar gaji pemainnya.

Isu tunggakan gaji tersebut didedahkan oleh seorang sumber dalaman kelab tersebut kepada Harimau Malaya kerana sudah tidak tahan dengan sikap tak bertanggungjawabyang ditunjukkan oleh pihak pengurusan.

image is not available
Pernah Dikenakan Sekatan, Kelab Bola Dari Borneo Ini Sudah 4 Bulan Tak Bayar Gaji Pemain

Ada pemain yang sudah memboikot sesi latihan

Menurut sumber itu, ada pemain yang sudah memboikot sesi latihan pasukan atas alasan sudah lama tidak memperoleh bayaran gaji. Turut didedahkan sekali bahawa kelak, masalah tersebut akan didedahkan dengan lebih mendalam lagi.

Difahamkan, ini bukan merupakan kali pertama kelab berkenaan berdepan dengan masalah tunggakan gaji sehingga pernah dikenakan tindakan.

Diharap agar isu serius ini boleh diselesaikan dengan segera agar pihak berwajib seperti Malaysian Football League (MFL) boleh campur tangan bagi menyelesaikan perkara ini.

image is not available

Sudah berapa kali Liga Malaysia digemparkan dengan isu tunggakan gaji

Musim ini saja, sudah berapa kali Liga Malaysia digemparkan dengan isu tunggakan gaji sehingga ada kelab yang dikenakan sekatan daripada mendaftar untuk mengambil pemain baru.

Dengan penstukturan liga yang akan berlaku musim depan, kelab dijangka akan mengeluarkan perbelanjaan lebih banyak berbanding musim ini.

Oleh itu, jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera, dijangka banyak lagi pasukan yang akan menghadapi masalah sama pada musim hadapan.

Sebelum ini, sebuah kelab bola pernah dikenakan sekatan kerana gagal lunas gaji :

View Original Article