Pernah Dikutuk ‘Perosak Industri Hiburan’ Oleh Ruhainies, Sophia Albarakbah – “Alhamdulillah, Allah Maha Hebat”

Entertainment
9 Mar 2024 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, nama aktres Sophia Albarakbah yang menjadi bualan hangat dan teruk dikecam selepas kontroversi di antaranya dan aktor, Aliff Aziz.

Ramai yang menghentam dan menggelarnya ‘penyondol’ disebabkan isu kononnya ada skandal dengan suami Bella Astillah itu selepas mereka digandingkan bersama dalam sebuah drama.

Namun, hari ini tumpuan sepenuhnya kepada aktres Ruhainies pula selepas dia didakwa merupakan pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama Aliff awal pagi ini.

image is not available

 

Dulu Ruhainies cakap buruk pasal Sophia

Seperti biasa, warganet akan membuat ‘homework’ dan salah satu isu yang dibangkitkan adalah komen Ruhainies kepada Bella dahulu.

Menerusi ruangan komen, netizen dilihat mengungkit semula kata-kata Ruhainies terhadap Sophia ketika kontroversi tersebut sedang ‘panas’.

Haritu si Ruhainies pernah komen buruk pasal si Sophia dekat IG Bella, siap cakap Sophia ni perosak industri hiburan. Akhirnya, kata-kata tu makan diri sendiri. Sekarang ni siapa yang perosak sebenarnya?

image is not available

 

“God is great” – Sophia

Komen terbabit mendapat perhatian tuan empunya badan, Sophia yang tidak melatah sebaliknya memberi responnya dengan tenang.

Alhamdulillah, God is great.

image is not available

Meninjau ke platform X, Sophia turut memuat naik hantaran yang sama dipercayai ada kaitannya dengan komennya terhadap netizen tentang isu ini.

image is not available 2 days ago

Didi Astillah 'Upload' Video Mesra Bella & Ruhainies, Netizen - "Jahatnya Dia, Berkawan Tapi Tikam Belakang"