Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

20 Dec 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DAHULU usaha beliau membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh diperlekeh sesetengah pihak kononnya melakukan kerja yang sia-sia.

Kini, A Bakar Che Ahmad sudah mampu tersenyum lebar apabila usaha tersebut membuahkan hasil.

image is not available

Masakan tidak, rumahnya itu berjaya terapung selepas kediamannya yang terletak di Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu dilanda banjir.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh anak warga emas berkenaan menerusi medium TikTok.

Sebelum itu, sebenarnya A Bakar pernah menghebahkan bahawa rumah yang dibinanya mampu terapung pada ketinggian 5 meter (m) sekiranya banjir melanda.

image is not available

Ketika proses pembinaan, warga emas itu telah mengambil kira banyak faktor antaranya termasuklah kelajuan arus banjir.

Tidak dibiarkan begitu sahaja, rumah terapung tersebut kemudian diikat di dua tiang setinggi 6m yang dibina pada sisi kiri dan kanan.

A Bakar juga menggunakan kayu dan 69 biji tong plastik untuk dijadikan sebagai penyokong yang berfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir.

image is not availableKos pembinaan rumah kelong itu dianggarkan memakan belanja kira-kira RM47,000 yang turut dibantu oleh tujuh orang anaknya.

Mengikut cerita, empunya diri yang kini berusia 67 dikatakan melakukan pengubahsuaian bersama isterinya, Fatimah Salleh, 61, selepas tempat teduh mereka semakin usang akibat ditenggelami banjir saban tahun.

image is not availableMenjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativiti beliau.

Berikut antara komen yang dikongsikan:

“Rumah ni pernah viral tetapi diejek oleh sesetengah orang. Kini tengok lah hasilnya sekarang. Alhamdulillah.”

“Mula-mula buat memang orang petikai macam-macam, tapi bila sudah ada hasil baru orang nmpak.”

image is not available

“Pak cik paling bijak, sedia payung sebelum hujan.”

“Rumah ni dah boleh jadi modal contoh kepada mereka yang sering mengalami banjir. Terbaik pakcik.”

“Pak cik bijak, berfikir di luar kotak.”

Sumber: TikTok Zalie Fishing

SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.