Pernah Ditampar Di Khalayak Umum? Ini Adalah Beberapa Tindakan Yang Boleh Diambil

2 Mar 2023 • 10:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ditampar

Pasti pembaca Oh! Media di luar sana pernah melihat atau merasai sendiri saat ditampar di khalayak ramai, betul tak?

Tapi, agaknya apakah tindakan yang boleh diambil atas individu yang menampar tersebut? Ha, jom kita ikuti satu perkongsian oleh Khaliq mengenai tindakan yang perlu diambil selepas ditampar di khalayak ramai.

Tindakan yang boleh diambil selepas ditampar

image is not available

Jangan balas balik

Tindakan yang paling wajib diambil adalah jangan sesekali membalas balik tamparan tersebut. Sebaliknya:

  1. Menjauhkan diri dari si pemukul.
  2. Bertindak untuk mempertahankan diri.
  3. Hanya menolak si pemukul itu.
  4. Meminta bantuan dari pihak penguasa terdekat.

Hal ini bagi mengelak tindakan undang-undang yang berlaku ke atas diri sendiri. Dalam Seksyen 96–106 Kanun Keseksaan, individu masih lagi mempunyai hak untuk mempertahankan diri tetapi masih ada beberapa hal yang masih samar-samar tergantung situasi kes. 

Erti kata lain sekiranya korang yang mulakan dahulu, sudah tentu korang akan kena. Sama juga kalau korang membalas pukulan/tamparan tersebut.

image is not available

Buat laporan polis

Langkah yang seterusnya boleh diambil adalah dengan membuat laporan polis. Pihak polis akan menjalankan siasatan dan bergantung kepada hasil, si pelaku boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang.

Individu yang menampar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 322 Kanun Keseksaan kerana menyakiti orang lain dengan sengaja. Dia boleh dikenakan hukuman (Seksyen 323) penjara selama satu tahun maksimum atau didenda RM2,000 jika didapati bersalah.

image is not available

Tuntutan mahkamah

Tindakan secara tuntutan mahkamah juga boleh dilakukan sekiranya korang ingin mengeluarkan saman kepada si pelaku. Undang-undang tort biasanya akan digunakan sebagai satu cara untuk menuntut kerugian yang dibuat oleh pihak ketiga (si pelaku).

Tambahan, ada juga cara lain yang boleh dikenakan selain mengeluarkan saman. Cara tersebut adalah dengan meminta pelaku membuat kenyataan terbuka meminta maaf di khalayak umum.

Ha, jadi dah tau bukan tindakan yang perlu diambil jika korang ditampar di khalayak ramai? Apa-apapun jangan sesekali cuba untuk terjebak dengan situasi tersebut dan lebih baik untuk menyelesaikan dengan cara yang lebih tenang.

Kredit: Ask legal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media