Pernah Dituduh Scammer, Impian Daud Kim Bina Masjid Tercapai

21 May 2024 • 12:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Impian Daud Kim, YouTuber asal Korea Selatan untuk membina sebuah masjid di daerah Incheon tercapai walaupun pempengaruh ini mendapat tentangan ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instargam, Daud telah memuat naik satu video yang menunjukkan keadaan masjid tersebut.

Impian Daud Kim bina masjid tercapai

“Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya. Dengan bantuan semua orang, saya berjaya menyiapkan rumah Allah SWT.

“Saya tahu ramai yang risau tentang pembinaan masjid ini, tapi saya tak pernah berputus asa untuk membina masjid impian saya. Termia kasih,” katanya di ruangan kapsyen.

image is not available

Pada video itu, Daud memaparkan proses pembinaan masjid tersebut bermula dengan bangunan kosong sehingga menjadi masjid yang dilengkapi ruang solat yang luas, ruang mengambil wudhu termasuk satu kotak al-Quran.

Daud juga menyumbangkan tenaga dalam proses pembinaan masjid tersebut seperti mengecat, mengangkat kelengkapan masjid tersebut dan membersihkannya selepas siap dibina.

image is not available

Selepas berjaya disiapkan, pempengaruh media sosial itu kemudian merasmikan masjid tersebut dengan mendirikan solat bersama beberapa orang rakan-rakannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Daud kerana berjaya mencapai impiannya untuk membina sebuah masjid.

Semoga Allah melindungi awak

image is not available

Semoga menerima balasan yang baik daripada Allah

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mempersoalkan kenapa dia membina masjid tersebut di sebuah bangunan sedangkan sebelum ini Daud mendakwa mahu membangunkan di atas sebidang tanah.

Kata tak jadi buat masjid sebab tiada kebenaran

image is not available

Dia beli tanah tapi ni nampak macam apartment

image is not available

image is not available

Dia cakap beli tanah untuk bina masjid

image is not available

Terdahulu, Daud mengumumkan dia mahu membeli sebidang tanah untuk membina masjid namun terpaksa ditangguhkan selepas menerima tentangan daripada orang ramai.

Warga maya mempertikaikan kaedah pungutan dana bagi pembinaan masjid tersebut kerana ia terus disalurkan ke akaun peribadi Daud.

image is not available

Disebabkan isu itu, pempengaruh itu meminta orang ramai untuk menghentikan penyularan dana buat sementara waktu.

Sebelum ini, Daud pernah berkongsi dia telah berjaya membeli sebidang tanah di Incheon bagi tujuan pembinaan masjid berkenaan.

Sumber: Instagram Daud Kim