Pernah ‘Hype’ Suatu Ketika dahulu, Ketahui ‘Panggung Lina’ Satu-Satunya Pawagam Di Serian

31 May 2023 • 4:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Serian dahulu pernah ada panggung wayang yang ramai tak tahu

Pernah ‘Hype‘ Suatu Ketika dahulu, Ketahui ‘Panggung Lina’ Satu-Satunya Pawagam Di Serian. Pernahkah anda mendengar mengenai Panggung Lina? Sinematik legenda yang pernah menghiasi zaman kegemilangan wayang di Serian.

Yup, zaman dulu-dulu Panggung Lina pernah menjadi tempat yang paling hangat di bandar kecil ini.

image is not available
Pernah ‘Hype’ Suatu Ketika dahulu, Ketahui ‘Panggung Lina’ Satu-Satunya Pawagam Di Serian. Kredit: Google

Panggung Lina, satu-satunya pawagam yang terdapat di Serian pada masa itu, bukan saja menjadi pusat hiburan bagi penduduk tempatan, malah menjadi tumpuan utama bagi semua orang untuk merasai pengalaman menonton wayang yang menyeronokkan.

Panggung ini menjadi tempat paling popular bagi masyarakat pada zaman itu untuk menonton wayang pada ketika itu.

Panggung Lina atau Syn Syn Cinema ini sudah pun wujud sekitar tahun 1980-an.

image is not available

Pawagam ini terletak di bangunan Jong Chi di Serian dan nama bangunan ini diambil sempena nama pemilik pawagam tersebut.

Menurut warga sekitar, bangunan itu dikatakan bangunan paling moden yang ada di Serian pada ketika itu.

Difahamkan, Jong Chi Jui merupakan pengetua sekolah misi Katolik di Serian dan kemudian menceburi diri dalam perniagaan penyiaran.

image is not available

Bukan sahaja warga Serian, warga sekitarnya juga sanggup ke pekan Serian dan akan keluar beramai-ramai menonton filem-filem barat sehingga ke filem-filem klasik P.Ramlee di panggung tersebut.

image is not available

Menariknya, harga tiket yang dikenakan juga dicas mengikut tempat duduk yang dipilih. Sekiranya anda memilih tempat duduk paling belakang sekali anda akan dicas RM 2.50.

Sebaliknya, apabila anda memilih tempat duduk paling hadapan anda hanya akan dicas RM 0.50 sen sahaja.

Kerusi yang disediakan pula hanyalah kerusi lipat.

Baca lagi artikel menarik: