Pernah kasari kanak2 juga, Caprice dedah pengerusi surau mesej mengaku salah

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 12:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Caprice dedah pengerusi surau

Pempengaruh terkenal, Caprice dedah pengerusi surau dipercayai individu sama yang mengasari seorang pelajar di persimpangan jalan hingga cedera turut pernah menampar kanak-kanak di sekitar kawasan kejiranan.

Perkara itu dinyatakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di Instagram apabila menerima kiriman video dari seseorang yang mendakwa lelaki sama pernah bertindak agresif terhadap kanak-kanak.

Instagram will load in the frontend.

Caprice dedah pengerusi surau pernah tampar kanak2 juga

Menerusi perkongsian tersebut, sumber menyatakan bahawa lelaki itu adalah seorang pengerusi surau.

Susulan daripada itu, Caprice menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit sebelum menyatakan bahawa individu berkenaan sudah pun ditahan.

image is not available

Caprice dedah pengerusi surau hantar mesej minta turunkan posting

Dalam pada itu, lelaki yang dipercayai seorang pendakwah juga telah menghantar mesej kepada pempengaruh terbabit dengan menjelaskan keadaan sebenar dari pihaknya.

Dia mengaku akan kesilapan mengasari pelajar sekolah di persimpangan jalan itu, namun menafikan dia menumbuk sehingga mengalami kecederaan.

Jelasnya, dia hanya menampar dua kali bahagian hidung pelajar itu kerana memandu dengan cuai sehingga membahayakan anak-anaknya yang berada di dalam kereta.

image is not available

Caprice enggan turunkan posting walaupun lelaki itu mengaku silap

Dapat juga dilihat dia merayu untuk Caprice menurunkan hantaran tersebut di media sosial kerana sudah ke balai polis untuk memberikan keterangan.

Walau bagaimanapun, pempengaruh itu menyatakan tidak akan menurunkan posting terbabit sehingga lelaki itu dikenakan tindakan undang-undang.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial seorang pelajar berlumuran darah di bahagian wajah apabila dipercayai dikasari oleh lelaki berjubah putih.

Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham di persimpangan jalan sebelum lelaki terbabit mengasari pelajar sekolah tersebut.

Laporan polis juga sudah dibuat dan lelaki itu telahpun ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan pada hari yang sama.

Pelajar terbabit yang tidak mempunyai lesen memandu juga telah dikenakan saman trafik.

Sumber: Instagram Caprice