Pernah kecewa terpaksa korbankan ragbi, adik Meerqeen peroleh 9A dalam SPM

28 May 2024 • 6:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pernah kecewa terpaksa mengorbankan sukan kesukaan iaitu ragbi, adik Meerqeen peroleh 9A dalam SPM (sijil Pelajaran Malaysia), hari ini.

Berita baik itu dikongsikan oleh ibu kepada pelakon Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

image is not available

Adik Meerqeen peroleh 9A dalam SPM

Berdasarkan keputusan tersebut, adik Meeqeen iaitu Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 9A dan 1B+.

Menurut ibu Meerqeen, dia akui berdebar dan bangun seawal 4.30 pagi kerana bimbang menanti akan keputusan SPM anaknya.

Namun, dia bersyukur melihat keputusan cemerlang yang diperoleh oleh anaknya atas berkat usaha memberikan yang terbaik bagi 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

“Momen 9A dan 1B+. Alhamdulillah, Allah berikan ganjaran atas setiap tindakan kita. Ini hanyalah keputusan tetapi mama sangat hargai kerja keras yang dilakukan selama ini.
“Bukan senang untuk sampai ke sini ya Shafeeq,”luahnya.

image is not available

Antara subjek yang mendapat keputusan A Cemerlang dan A Cemerlang tinggi ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam dan Fizik.

Sementara subjek Kimia pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi.

Bukan sekolah pilihan, terpaksa korbankan ragbi

Kongsi ibu Meerqeen, dia yang mendaftarkan Shafeeq untuk bersekolah di situ kerana ia telah memberikan impak yang sangat besar buat dirinya sebagai salah seorang bekas pelajar.

Dalam pada itu, dia turut akui anak lelakinya juga pernah kecewa kerana terpaksa mengorbankan minatnya terhadap sukan ragbi bagi memenuhi hasratnya.

image is not available

“SMTJB bukan sekolah yang dia pilih pun. Semua mama yang apply untuk dia masuk sekolah ni. Kenapa? Sebab ni sekolah mama. Sekolah ini bagi impact besar dalam hidup mama. Disebabkan @feeqqeen ni anak yang baik dia ikut je walaupun dia sangat kecewa sebab terpaksa korbankan rugby dia.
“Selepas dua tahun, Shafeeq faham kenapa mama cakap sekolah ni bagi impact besar dalam hidup mama. Hari ni Apik hadiahkan mama ayah keputusan yang sangat cemerlang. Tahniah anak sayang mama. Jadikan kejayaan hari ini untuk langkah yang lebih baik. Semoga hidup anak mama ni sentiasa diberikan kebahagian, rahmat dan dilindungi,”luahnya.

image is not available

Sumber: Instagram eidasuraida7888