Pernah ‘Komplain’ MAIWP Bagi Lampin ‘Tape’, Kali Ini Wanita Asnaf Dakwa HKL Punca Tak Boleh Jalan – “Hilang Daya Lepas Dicucuk”

LocalHealth & Fitness
10 Jun 2025 • 10:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular video seorang wanita asnaf merungut susulan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberinya lampin jenis tape, sedangkan dia mahu lampin pakai buang jenis seluar (pants).

Dakwa pihak HKL punca tak boleh jalan

Terbaru, melalui laman X, wanita yang sama sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati tetapi kali ini mendakwa pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjadi punca dirinya tidak boleh dijalan.

Dakwa wanita itu, selepas dicucuk oleh doktor yang berada di HKL, dirinya hilang daya untuk berjalan seperti normal.

Saya dipaksa cucuk. Dia kata untuk darah beku sebab takut saya pendarahan. Bila dah cucuk saya, tiba-tiba kaki saya kebas.

‘Doktor tu tak rekod pun dalam buku pink

Malah, wanita itu mengatakan doktor terbabit mencucuknya tanpa kerelaan hati dan selepas itu, dia terpaksa mengesot sewaktu perlu berpindah wad.

Tak boleh berjalan langsung, pinggang saya rasa nak patah. Dia cucuk saya tapi tak tulis dalam buku pink.

Susulan itu, dia berasa pelik kerana proses tersebut tidak direkod dalam buku pink miliknya.

image is not available 2 days ago

"Tak Nak Tape, Nak Jenis Pants" - Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan MAIWP Jadi Tumpuan