“Pernah Marah & Kecewa” – Buka Cerita, Byul Dedah Tak Pernah Bercinta Dengan Haha Sebelum Kahwin

Music
28 Feb 2024 • 3:20 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pejam celik pejam celik, sudah 12 tahun sejak Haha dan Byul membina rumah tangga mereka.

Terbaru, Byul dan Haha telah muncul dalam rancangan di YouTube milik penyanyi Sung Si-kyung, di mana pasangan itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Ketika sedang berborak, Sung Si-kyung secara berseloroh berkata kepada Byul,

Awak tahu apa yang susah untuk dipercayai? Ia adalah Haha berjaya memenangi hati awak. Maksud saya, awak tidak ‘minum’. Perkara yang awak lakukan hanyalah berdoa!

Respon wanita itu,

Betul la tu. Tak ramai pun lelaki yang cuba mengorat saya dulu. Jadi ya, saya berkahwin dengannya. Tetapi kami tidak bercinta antara satu lain sebelum berkahwin. Saya tahu ia kedengaran gila tetapi ia benar-benar berlaku. Selepas 12 tahun, saya masih mengenalinya.

image is not available

Sambung Byul lagi dengan menjelaskan sebabnya,

Saya tidak pernah tahu saya akan menjadi orang yang akan berbuat sedemikian kerana secara serius, ia seperti permainan berisiko. Jelas sekali, saya kadang-kadang marah dan kecewa dengannya tetapi saya tak pernah fikir ‘Kenapa saya berkahwin dengan lelaki ini?!’ atau ‘Saya berharap saya boleh kembali ke masa lalu’. Saya tak pernah menyesal berkahwin dengannya.

Walaupun tak bercinta dulu, mereka tetap bahagia sampai sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article