
KALAU sudah jodoh, tidak akan ke mana. Demikian yang menceritakan pasangan selebriti Jennifer Lopez (JLo), 52, dan Ben Afleck, 49.
Pasangan selebriti itu berkahwin hujung minggu lalu di Las Vegas, 18 tahun selepas percintaan pertama mereka gagal.
Menurut Daily Mail, perkahwinan pasangan yang mengikat tali pertunangan April lal itu diumumkan menerusi surat berita yang diedarkan. Apa yang menarik perhatian ialah Lopez menggunakan nama Puan Jennifer Lynn Affleck pada ruangan tanda tangan.

“’Kita berjaya. Cinta itu indah. Cinta itu baik dan ia kembali setelah kita sabar, dua puluh tahun bersabar,” titip Lopez.
People Magazine melaporkan pasangan itu terbang ke Nevada, untuk mendapatkan lesen perkahwinan dan berkahwin di sebuah gereja Las Vegas pada Sabtu lalu.

Menurut Pop Sugar, penyanyi lagu ‘Love of My Life’ itu menerusi surat berita berkongsi foto memakai gaun putih tanpa lengan. Busana itu dipercayai adalah dari pakaian pernah dipakai Lopez filem yang dilakonkan mereka sebelum ini.
“Jadi dengan saksi terbaik, pakaian dari filem lama dan jaket dari almari Ben, kami membacakan ikrar perkahwinan di gereja kecil dan menyarungkan cincin yang akan kami pakai sepanjang hayat, ” titipnya.

Lopez dan Affleck pertama kali bertemu di set filem Gigli pada tahun 2002.
Mereka menjadi pasangan sensasi yang sentiasa mendapat perhatian media hingga mendapat jolokan sebagai ‘Bennifer’.
Lebih menarik, Affleck memberi Lopez cincin pertunangan berlian merah jambu 6.1 karat yang bersaiz besar.

Bagaimanapun perhubungan lalu tidak berakhir dengan perkahwinan. Selepas bertunang, pasangan itu mengumumkan menangguhkan perkahwinan mereka yang dirancang pada 2003. Tidak lama selepas itu masing-masing mengumumkan hubungan mereka berakhir.
Lopez sebelum ini telah berkahwin dengan pelakon Ojani Noa, penari Cris Judd dan penyanyi Latin, Marc Anthony, iaitu bapa kepada anak kembarnya, Maximilian David Muñiz dan Emme Maribel Muñiz, 14.
Lopez dan Anthony berpisah pada tahun 2011.

Manakala Affleck pula berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 16, Seraphina, 13, dan Samuel, 10. Affleck dan Garner bercerai pada tahun 2018.
Cinta Lopez dan Affleck bertaut kembali pada Mei 2021 apabila mereka dilihat berpegangan tangan semasa bercuti di Montana, Amerika Syarikat.
Lopez ialah pelakon berdarah Latin yang menerima dengan bayaran tertinggi dalam sejarah Hollywood.
Sumber: Daily Mail, Reuters, Pop Sugar, People
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
The post Pernah putus cinta 18 tahun lalu, JLo akhirnya kahwini kekasih lama. “Panggil saya Jennifer Affleck” appeared first on Sinar Plus.
