Pernah terpisah oleh jeriji besi, Ammar Haikal kongsi momen 'sweet' dengan Ameng bikin sebak—'Ibu awak wanita hebat & setia'

LocalFamily & Parenting
7 May 2026 • 4:08 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Pernah terpisah oleh jeriji besi, Ammar Haikal kongsi momen 'sweet' dengan Ameng bikin sebak—'Ibu awak wanita hebat & setia'

SIAPA tidak kenal dengan personaliti anak muda yang semakin mendapat tempat di hati peminat ini?

Memiliki raut wajah kacak dan bakat yang diwarisi daripada bapanya, Ammar Haikal sekali lagi mencuri perhatian warga maya menerusi satu hantaran yang cukup menyentuh tangkai hati.

Bukan soal kerjaya atau gosip sensasi, namun kali ini luahan ikhlas Ammar tentang institusi kekeluargaannya membuatkan ramai pengikut di aplikasi Threads turut berasa sebak.

"Terima Kasih Ya ALLAH..."

Menerusi perkongsian tersebut, bekas bintang Talk To My Manager (TTMM) ini menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila menyifatkan dirinya bertuah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang dianggapnya sangat sempurna.

Image from: Pernah terpisah oleh jeriji besi, Ammar Haikal kongsi momen 'sweet' dengan Ameng bikin sebak—'Ibu awak wanita hebat & setia'

"Terima kasih Ya ALLAH kerana lahirkan saya dalam keluarga yang sempurna," tulisnya ringkas, namun sarat dengan maksud yang mendalam.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah paparan dua keping foto yang meruntum jiwa. Ammar memuat naik foto kenangan sewaktu dia masih kecil bersama ibu dan bapanya, 'disandingkan' dengan foto terkini mereka bertiga yang menampakkan kematangan dan kebahagiaan yang jelas terpancar di wajah masing-masing.

Umum mengetahui, perjalanan hidup Ammar tidak semudah yang disangka. Dia pernah melalui fasa perpisahan selama beberapa tahun ketika bapanya, penyanyi legenda Ameng Spring, menjalani hukuman penjara bermula tahun 2011.

Namun, aturan Tuhan itu indah. Kecekalan ibunya yang setia menanti dan kesungguhan Ameng mengubah hidup selepas dibebaskan lebih awal atas faktor disiplin, menjadi inspirasi buat ramai orang.

Image from: Pernah terpisah oleh jeriji besi, Ammar Haikal kongsi momen 'sweet' dengan Ameng bikin sebak—'Ibu awak wanita hebat & setia'

Netizen puji kesetiaan isteri Ameng

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kehebatan ibu Ammar yang dianggap sebagai wanita besi dan isteri yang sangat setia.

"Ibu awak ini wanita hebat tahu, emak saya sangat meminati dia. Penyabar dan setia," puji seorang netizen.

"Alhamdulillah, Ammar dikurniakan papa yang sayang Ammar dan umi yang kuat dalam menghadapi pelbagai dugaan. Hargai mereka ketika masih ada," tulis seorang lagi pengikutnya.

"Sebak tengok gambar ini. Salute pada isteri Ameng, setia menunggu dengan sabar."

Ternyata, perkongsian Ammar ini bukan sekadar hantaran biasa di media sosial, tetapi satu peringatan buat kita semua bahawa 'keluarga sempurna' itu tidak semestinya tanpa ujian, tetapi bagaimana kita bangkit bersama selepas badai berlalu.

Semoga Ammar terus menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam karier seni!

View Original Article