Pernah Tular Czer 2 Kali Dalam Setahun, Influencer Dakwa Dicurangi Suami Pakistan

22 Jan 2024 • 3:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Influencer popular Indonesia, Venny Alberti yang pernah tular di media sosial melahirkan anak kedua dalam tempoh kurang setahun dilaporkan sudah bercerai dengan suaminya, Akash Elahi.

Menurut laporan Suara.com, Venny telah memuat naik beberapa hantaran di IG storynya yang memaparkan dokumen cerai yang sudah ditandatangani dan perbualan antara wanita yang didakwa menjadi punca kemusnahan rumah tangganya.

Influencer Indonesia bercerai

image is not available

“Sekarang aku dah cerai, bangga kan kamu. Silakan anda mahu dekat, tak mengapa sekarang. Kalau kelmarin itu awak selingkuh sama laki (suami) orang Vit,” ujarnya kepada wanita yang dikenali sebagai Novita Sari.

Bagaimanapun, Akash Elahi menafikan perkara tersebut dengan memberitahu punca penceraian mereka adalah disebabkan oleh sikap Venny yang kasar, tidak bertanggungjawab dan terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengabaikan anak-anak.

image is not available

Bukan itu sahaja, lelaki berketurunan Pakistan itu turut mendakwa Venny sering mengasarinya seperti menampar, memukul dan melemparkan kata-kata kesat di khalayak umum.

Jelasnya lagi, dia sering menasihati Venny supaya menjadi seorang isteri yang menghormati suami namun, tidak dipedulikan oleh wanita terbabit.

Pun begitu, Akash memberitahu akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi memenuhi kebajikan serta keperluan dua orang anak lelaki serta bekas isterinya meskipun sudah berpisah.

@shaaalloh

sllm siang,, entar doa siapa entah karma ato apapun itu kita cuman bisa mengambil pelajaran dan hikmah ny smoga yg trbaik#akashelahi

♬ suara asli – INISIAL- RP – inisial.rp

Sebelum ini, Venny pernah tular di media sosial disebabkan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga antara Akash bersama isteri pertamanya sehingga berlakunya penceraian.

Sumber: Kompas.com, TikTok @Vie

 

View Original Article