Pernah tular kena tarik sampai dirosakkan, Honda City kini dilelong RM2,000

LocalCars
6 Dec 2024 • 12:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Honda City kini dilelong

Selepas tular video memaparkan seorang wanita bersama keluarganya merosakkan sebuah kereta kerana ditarik, kenderaan tersebut jenis Honda City kini dilelong RM2,000.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ishaq Marazi telah memuat naik beberapa foto memaparkan keadaan kereta tersebut sekarang yang tersadai di Lot 127.

Pernah tular dirosakkan Honda City kini dilelong RM2,000

Foto-foto yang dikongsi itu memaparkan keadaan kenderaan tersebut yang kelihatan sangat usang dengan kesemua tingkap cermin kereta itu pecah, cermin sisi dipatahkan dan bahagian kabin dalam penuh dengan serpihan kaca cermin yang dipecahkan.

Dalam pada itu, Ishaq berkata kereta tersebut akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding motosikal jenis Yamaha RXZ iaitu RM2,000.

“Kereta viral. Lagi murah dari RXZ, lelong RM2,000. Honda City tahun 2008. On tak on?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

image is not available

Pada masa yang sama, Ishaq juga telah berkongsi satu tangkap layar memaparkan lelongan kereta jenis Honda Ciy 1.5 VTEC tahun 2008 bersama harganya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang bertanyakan perihal berkenaan lelongan kenderaan tersebut dan mereka seperti berminat untuk membelinya.

Honda City kini dilelong, kat mana ni?

image is not available

Sepintas nampak macam dalaman takde masalah, boleh repair

image is not available

Kena tengok dulu, boleh hidupkan enjin atau tak

image is not available

image is not available

Banyak nak kena betulkan ni

image is not available

Terdahulu, tular video memaparkan seorang wanita bersama keluarganya sedang merosakkan kenderaan tersebut kerana tidak berpuas hati keretanya ditarik towing atas dakwaan tidak membayarnya selama lapan bulan.

Difahamkan, wanita itu telah menggunakan hasil titik peluhnya sendiri untuk mengubah suai kenderaan itu disamping berang ditipu oleh pemilik asal kereta tersebut.

image is not available

Menurut wanita berkenaan, dia tidak pernah terlepas membayar pinjaman kereta itu namun pemilik asal yang tidak amanah dan tidak melakukan pembayaran.

Sumber: Facebook Ishaq Marazi