Pernah Tular Nenek Baca Yassin Di Sekolah, Cucu Hadiahkan Keputusan 9A SPM 2024

LocalFamily & Parenting
24 Apr 2025 • 3:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tular nenek baca Yassin

Sebelum ini, tular di media sosial kisah seorang nenek yang setia menunggu di luar dewan peperiksaan sambil membaca surah Yassin dan zikir sebagai tanda sokongan kepada cucunya yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dipercayai kaunselor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong itu di laman TikToknya, dia mendedahkan cucu kepada nenek tersebut berjaya raih keputusan cemerlang 9A pada SPM 2024.

Kaunselor yang dikenali sebagai Muhammad Nazri itu berkata sebelum ini hampir setiap hari nenek tersebut hadir ke sekolah terbabit demi menemani cucunya untuk menjawab peperiksaan.

Tular nenek baca Yassin

@crmuhamadnazri

Viral nenek baca yaasin masa cucu ambil SPM. Korang nak tgk hasilnya? #spm2024

♬ Applause – Clapping Sound Effect 4 – Hollywood Sound Effects

Bagaimanapun dalam perkongsian itu, kelibat nenek terbabit tidak kelihatan ketika cucunya mengambil keputusan SPM 2024.

Tular nenek baca Yassin

image is not available

image is not available

image is not available

Alhamdulilah tahniah cucu buat nenek!

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada cucu lelaki nenek tersebut kerana berjaya membalas jasa serta membanggakan orang tuanya.

image is not available image is not available image is not available

Netizen sebak

Malah, ramai meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan semula pengorbanan nenek tersebut yang tidak pernah henti mengiringi doa serta kasih sayang buat cucunya untuk mencapai kejayaan dalam akademik.

Dalam pada itu, netizen mendoakan agar segala urusan cucu nenek tersebut dipermudahkan dan berharap dapat menjadi seorang insan berguna buat keluarga, bangsa dan agama.

image is not available

Sumber: TikTok @crmuhamadnazri