Pernah Tular Terima Duit Dari ‘Mr Beast Malaysia’, Isteri Dedah Suami Sudah Meninggal Kerana Penat Bekerja – “Buat 2 Kerja Sara Keluarga”

LocalEntertainment
18 Oct 2024 • 11:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video yang memaparkan seorang penghantar makanan menerima wang RM50 daripada ‘Mr Beast Malaysia’ kembali tular namun kali ini ia diselubungi perasaan sedih.

Menurut isteri penghantar makanan itu, suaminya, Ahmad Farhan Othman telah dijemput Ilahi pada 2 Oktober lalu ketika sedang bekerja.

Nursuziliana Mohd Johari berkata kematian suaminya pada usia 32 tahun memang mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Tetapi, kebelakangan ini arwah sering mengeluh dan mengadu penat. Mana tidaknya, seawal jam 7.30 pagi dia dah siapkan anak-anak kemudian pergi buat Grab sehingga 10 pagi.

Kata ibu kepada 3 anak itu lagi, sebelum meninggal dunia suaminya juga sudah mendapat pekerjaan baru sebagai pemandu van pada September namun dia tetap melakukan kerja menghantar makanan demi untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Selepas itu, kerja jadi pemandu van hantar dan angkat barang-barang berat sampai jam 5 petang, kemudian sambung buat Grab sehingga 8 malam.

image is not available

Ujarnya, selepas proses bedah siasat doktor memaklumkan bahawa 75 peratus jantung suami dah tersumbat dipercayai akibat terlalu penat bekerja.

image is not available 8 months ago

Bapa Usia 70 Tahun Terpaksa Jadi ‘ Food Rider’ 12 Jam Sehari Untuk Tanggung Dua Anak Lelaki Menganggur

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved