Pernah Tular Ubah Suai Basikal Demi Anak, Pak Cik Basri Dapat Hadiah Motosikal

LocalFamily & Parenting
19 Aug 2024 • 10:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pernah Tular Ubah Suai Basikal Demi Anak, Pak Cik Basri Dapat Hadiah Motosikal

Di sebalik kelembutan dan kehalusan kasih ibu, tersembunyi kekuatan kasih seorang bapa yang tidak kurang hebatnya.

Kasih bapa tidak hanya hadir dalam bentuk perhatian dan nasihat, tetapi juga dalam tindakan nyata yang berterusan sepanjang masa.

Dari menyediakan keperluan harian hingga sanggup berkorban demi keselesaan anak-anak, kasih bapa terpancar dalam pelbagai bentuk yang kadangkala sukar dilihat, namun tetap dirasai.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan usaha gigih seorang bapa dalam menyediakan tempat duduk yang selesa buat anaknya.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Hareez Ikmal.

Dalam video tersebut, seorang bapa dilihat sedang mengayuh basikal dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya dari sekolah.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah basikal tersebut telah diubah suai dengan menambah beberapa tong sebagai tempat meletakkan kaki dan bersandar.

Kanak-kanak perempuan itu kelihatan sangat selesa dengan tempat duduk berbumbung yang kelihatan seakan-akan seperti tempat duduk kereta kuda.

Baru-baru ini, bapa yang dikenali sebagai Pak Cik Basri itu sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dia menerima hadiah istimewa daripada seorang pempengaruh media sosial.

Melalui satu kiriman video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, @adrianedy7, diketahui bahawa Pak Cik Basri dahulunya bekerja sebagai penjual aiskrim di kampungnya.

Setiap hari, Pak Cik Basri akan menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah dengan menggunakan basikal.

“Syukur, kami hadiahkan motosikal baru buat mereka, hadiah ini daripada rakyat untuk mereka,” tulis Adrian dalam hantaran video itu.

Dalam video itu juga, jelas terpancar kegembiraan di wajah Pak Cik Basri dan keluarga apabila menerima hadiah berkenaan.

@adrianedy7

Sedih sangat nampak video pakcik Basri naik basikal bersama anaknya Putri Sarah yang tular, syukur kita hadiahkan motosikal baru buat mereka, hadiah daripada rakyat untuk mereka, pakcik Basri dulu kerja jual aiskrim keliling kampung, setiap hari hantar dan ambil anak dari sekolah guna basikal #fyp #adrianedy

♬ Ayah – Seventeen

Sumber: Hareez Ikmal via Facebook, Adrian Edy via TikTok