
Pernah tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang curang terhadap bekas isteri dan telah dikenali ramai dengan nama Hanafi.
Baru-baru ini satu perkongsian di Twitter menceritakan mengenai keadaan bekas isteri Hanafi yang kini telah dimasukkan ke dalam penjara oleh bekas suaminya itu.
Helah Hanafi

Perkongsian di Twitter berkenaan menceritakan bahawa bekas isteri Hanafi melarang Hanafi untuk berjumpa dengan anaknya kerana anak mereka sedang dijangkiti penyakit HMFD dan positif COVID. Walau bagaimanapun, Hanafi telah memutar belitkan kejadian itu ke mahkamah dengan mengatakan bekas isterinya itu telah melanggar perintah mahkamah atas hak melawat anak.
Hakim mahkamah ignored the HMFD and the COVID results and asked the ex-husband “awak nak hukuman apa terhadap dia?”. And the a**hole cakap “masukkan dalam lokap 30 hari”.
Menurut perkongsian tersebut, bekas isteri Hanafi kini berada di penjara dan sedang menunggu perbicaraan.
Takde perintah mahkamah suruh laki jaga anak kalau mak dia masuk penjara. – Hanafi
Perkongsian di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan Hanafi itu. Hmm, apa pendapat pembaca?
Kredit: Twitter
The post Pernah Viral Sebab Curang, Hanafi Kini Sumbat Bekas Isteri Dalam Penjara appeared first on Oh! Media.




