Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

LocalCars
21 May 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah Perodua Axia tular di media sosial apabila si pemandunya mengangkut pelbagai jenis barang yang diikat pada bumbung kenderaan itu sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Dengkil-Banting, Sepang semalam. Namun sejurus video itu tular, pihak polis sudah pun menahan pemandunya yang berusia 59 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, hasil siasatan mendapati, pemandu berusia 59 tahun itu mempunyai lesen memandu yang sah dan kenderaan terbabit juga memiliki dokumen perjalanan lengkap.

image is not available

“Siasatan juga mendapati lelaki itu pernah terlibat kemalangan sebelum ini sehingga menyebabkan dia mengalami masalah di bahagian kepala namun alasan (dia) diberikan telah mengalami gangguan jiwa,” katanya.

Lelaki itu sudah dijamin oleh ahli keluarganya manakala keretanya ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pemeriksaan dan tindakn lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved