Perodua Bakal Ambil Langkah, Pendekkan Tempoh Pinjaman Kereta?

LocalCars
2 Nov 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, PERODUA sedang mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh pinjaman kenderaan terhadap pembeli kereta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata syarikat itu sedang menilai bagaimana perubahan sedemikian boleh mempengaruhi kemampuan pembeli untuk memiliki kenderaan serta kos pemilikan keseluruhan.

"Dahulu, PERODUA dikenali sebagai jenama yang murah. Hari ini, kita bercakap tentang mobiliti mampu milik dimana mobiliti sebagai gaya hidup," katanya kepada media automotif Malaysia semasa Pameran Mobiliti Jepun 2025 minggu ini.

Zainal Abidin menjelaskan bahawa walaupun tempoh pinjaman yang lebih singkat mungkin memberi tekanan kepada pembeli dalam jangka masa terdekat, PERODUA bersedia untuk melaksanakan langkah-langkah bagi membantu memudahkan peralihan berkenaan.