Perodua Bezza Kereta Paling Hangat 2024

LocalCars
9 Jan 2025 • 4:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Berdasarkan data.gov.my, Perodua Bezza kekal sebagai model kereta paling hangat untuk tahun 2024.

Ini tahun kedua berturut-turut Perodua Bezza memegang gelaran ini selepas merampasnya dari Perodua Myvi pada tahun 2023.

Untuk rekod tahun 2024, sebanyak 100,814 unit didaftarkan dan ini adalah lebih banyak berbanding tahun 2023 iaitu hanya 89,265 yang didaftarkan.

Tempat kedua adalah Perodua Axia (88,137) dan ketiga Perodua Myvi (72,214). Jenama Proton paling hangat ialah Proton Saga dengan 69,863 unit didaftarkan.

Perodua Bezza Kereta Paling Hangat 2024

image is not available