Perodua Dedah EMO-II, Semuanya Terungkai Pada KLIMS 2024 Nanti!

LocalCars
1 Dec 2024 • 11:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, pengeluar kereta nasional kedua, Perodua sudah bersedia untuk mempamerkan kereta konsep EMO-1 versi jalan raya, tidak lama lagi.

Ini kerana Perodua telah menunjukkan video teaser bertajuk EMO- II di saluran YouTube dan halaman Facebook, sejak awal pagi tadi.

image is not available

EMO- II dilihat jauh berbeza dengan EMO-1 memandangkan EMO- II kelihatan sebagai kereta yang lebih “lengkap” dan mungkin juga sudah hampir berada di peringkat pengeluaran.

Melihat teaser itu, tiada banyak benda yang boleh dikupas sehinggakan ia akan dipaparkan pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada 5 Disember ini.

Pendek kata, banyak persoalan masih menjadi tanda tanya memandangkan Perodua masih tidak mendedahkan maklumat terperinci berhubung EV mereka.

Bagi yang tidak tahu mengenai EMO-1, ia adalah kereta konsep elektrik yang pertama Perodua.

image is not availableimage is not available

Untuk makluman anda, sebelum ini, Perodua mendakwa EMO-1 mampu menghamburkan kuasa setakat 120 kW (160 HP) dan 220 NM dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam dalam masa 7 hingga 9 saat.

Ia yang menggunakan pek bateri jenis NMC dengan kapasiti 57.6 kWj mampu menerima input cas pantas DC pada kadar 300 kW. Ini membolehkan pengecasan sehingga 80% dilakukan dalam masa kira-kira 20 minit.

image is not available

Kuasa elektrik ini membolehkan EMO menempuh jarak pemanduan antara 300 hingga 350 km.

Berbalik kepada EMO-II, ia dilihat masih mengekalkan penampilan asal EMO-1 seperti Myvi.

image is not available

Tidak seperti EMO-1, EMO-II nampaknya menerima penggayaan luaran yang cukup berbeza.

Melihat balik imej EMO-II, bahagian depan dan belakangnya menggunakan bar penuh sehinggakan lampu depan dan belakang seolah-olah saling bersambungan.

Apapun, banyak perkara tidak dapat dirungkai, jadi, kita tunggu apa kata PERODUA mengenai perkembangan EV mereka.