Perodua lancar EV mampu milik menjelang akhir tahun ini

LocalCars
8 May 2025 • 3:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perodua lancar EV mampu milik menjelang akhir tahun ini

image is not available

08/05/2025 - 15:26

KUALA LUMPUR 8 Mei — Perodua merancang untuk memulakan pengeluaran penuh kenderaan elektrik (EV) pertamanya menjelang Oktober, dengan pelancaran dijangka pada akhir tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, EV itu akan mula dipasang secara tempatan melebihi 30% di kilang baharu Perodua di Rawang, Selangor dan dijangka dijual pada harga bawah RM80,000.

"Namun selepas beberapa bulan pengeluaran, kami menjangka kandungan pemasangan tempatan boleh ditingkatkan melebihi 60% melalui penggunaan komponen utama buatan tempatan," katanya pada sidang media selepas memperkenalkan prototaip EV yang dipamerkan dalam bentuk potongan separuh di Malaysia Autoshow 2025, hari ini.

Kenderaan itu disasarkan kepada golongan muda dan keluarga kecil, dengan sasaran pengeluaran 500 unit sebulan dan menawarkan pilihan kenderaan elektrik yang mampu milik.

Zainal Abidin menegaskan nilai jangka panjang model EV itu menjadi keutamaan, khususnya dari segi kualiti bateri dan harga jualan semula.

"Jika pengguna tidak yakin dengan kualiti bateri, nilai kereta akan merosot selepas lapan tahun. Oleh itu, kami kawal kualiti bateri, dan pengguna boleh mendapatkan bateri baharu daripada kami walaupun selepas lapan atau sembilan tahun," katanya.- DagangNews.com

standard