Perodua Merancang Pasarkan EV Pertama Dengan Harga Bawah RM80,000 Dan Sasaran 500 Unit Sebulan

TechnologyDigitalCars
9 May 2025 • 2:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perodua bercadang untuk melancarkan model EV pertamanya hujung tahun ini dengan sasaran jualan 500 unit sebulan. Model ini dijangka berharga bawah RM80,000 yang dilihat berbeza daripada cadangan asal. Ia juga akan menggunakan konsep sewaan bateri bagi memberi pengguna kebebasan untuk menukar bateri mengikut keperluan. Selain itu, jarak capaian dijangka mencapai sehingga 400km bagi setiap pengecasan penuh.

image is not available

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menyatakan bahawa ini adalah kali pertama Perodua mengeluarkan model EV dan mereka menjangkakan permintaan akan melebihi sasaran awal. Model ini turut diperlihatkan dalam bentuk ‘half-cut’ di Malaysian Autoshow 2025 (MAS 2025) bagi menunjukkan keupayaan reka bentuk dan pengeluaran dalaman Perodua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved