Perodua Perkenal QV-E , Kenderaan EV Babit Kos Pembangunan RM800 Juta

LocalCars
1 Dec 2025 • 12:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perodua melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia, QV-E, yang melibatkan kos pembangunan sebanyak RM800 juta.

Menurut laporan Buletin TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan pelancaran QV-E sebagai satu pencapaian membanggakan bagi negara kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh pakar tempatan.

Perodua perkenal QV-E

image is not available

“Perodua berjaya memenuhi kesemua komitmen yang ditetapkan oleh MITI dan sebagainya. Pelaburannya RM800 juta. Pembangunan lebih 100 pakar tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Peluncuran EV Pertama Perodua, QV-E yang bermaksud ‘Quest for Visionary-Electric’ di sini, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, memaklumkan bahawa syarikat kini mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan pada harga RM80,000 setiap satu.

Beliau menambah, sasaran pengeluaran dijangka meningkat kepada 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga tahun depan.

“QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dan mempunyai kapasiti julat sehingga 445 kilometer bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.
“Model ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini termasuklah sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak,” katanya pada majlis sama.

Difahamkan, Perodua dilantik sebagai peneraju pengeluar automotif tempatan dalam pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Syarikat itu turut bekerjasama dengan vendor tempatan bagi membekalkan 50 peratus komponen menjelang awal 2026, dengan sasaran meningkatkan penyertaan vendor tempatan kepada 70 peratus menjelang 2030.

Sumber: Buletin TV3

The post Perodua Perkenal QV-E , Kenderaan EV Babit Kos Pembangunan RM800 Juta appeared first on Borak Daily.