Perodua QV-E Tidak Boleh Dihidupkan Jika Pemilik Tidak Membayar Sewa Bateri Selama 2 Bulan Berturutan

LocalCars
3 Dec 2025 • 12:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perodua kini telah menerbitkan helaian maklumat produk memfokuskan bateri pada laman rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan apakah yang hadir bersama-sama penawaran sewa bateri mereka untuk kenderaan elektrik terbaru, Perodua QV-E.

Menurut Perodua, pengguna akan menyewa bateri selama 9 tahun (108 bulan) dengan bayaran sebanyak RM275 sebulan. Untuk bayaran pertama, pengguna akan perlu membayar sewa tiga bulan (RM825) serentak sebelum menerima kenderaan. Bayaran tiga bulan ini akan ditolak pada baki akhir kelak. Semua bayaran perlu dibayar sebelum 5 hari bulan setiap bulan.

image is not available

Pada terma penawaran juga, Perodua menyatakan sekiranya pengguna gagal membayar sewa selama dua bulan berturutan mereka akan mematikan fungsi menghidupkan kenderaan atau operasi bateri pada kenderaan. Perjanjian sewa pula akan dibatalkan sekiranya gagal membayarnya selama tiga bulan berturutan.

image is not available

Perodua turut menyatakan mereka akan memberikan kontrak sewa baharu selepas selesai tempoh perjanjian 9 bulan, yang menawarkan kapasiti bateri lebih tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya kesihatan bateri adalah lebih 70%, maka pengguna dibenarkan menggunakannya tanpa bayaran bulanan sehingga kesihatan bateri jatuh di bawah 70%.

Anda boleh membaca perjanjian penuh berkaitan bateri ini melalui laman rasmi Perodua hari ini.