Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak

3 Jan 2024 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

image is not available
Kenyataan Perodua di Facebook pada Rabu.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd menawarkan dua pilihan kepada pemilik kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.

Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar berkata, beberapa langkah telah diambil termasuk menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan dan pilihan membeli semula unit berkenaan.

“Perodua juga memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau.

“Kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, seorang pelanggan wanita meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.

Pembeli, Nagakanni Subramaniam memaklumkan, tiada sebarang jawapan dan penyelesaian sehingga kini selain terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM537 walaupun masih rosak.

Dalam pada itu, Rozman turut menjelaskan, pihaknya sudah berkomunikasi dengan pelanggan tersebut sejak Oktober tahun lalu.

Tambah beliau, siasatan menyeluruh berhubung isu terbabit sedang berjalan dan bakal berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama diberikan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved