Perodua Sangkal Mitos Kena Tekan Butang ‘Push-Start’ 3 Kali Untuk Hidupkan Kereta – “Sekali Dah Cukup..”

LocalCars
28 Mar 2025 • 10:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak sekian lama, terdapat kepercayaan dalam kelangan pemilik kenderaan tentang cara penjagaan enjin kereta di mana salah satunya adalah butang ‘push-start’ perlu ditekan sebanyak tiga kali sebelum menghidupkan enjin.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Perodua tampil memberikan penjelasan rasmi mengenai perkara tersebut. Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok rasmi mereka, syarikat tersebut menjelaskan bahawa langkah tersebut bukanlah langkah yang betul.

image is not available

gambar hiasan

Menurut Perodua, butang tersebut perlu ditekan sekali sahaja sambil memijak pedal brek untuk menghidupkan kereta.

Ini kerana, enjin kereta pada masa kini sudah jauh lebih moden berbanding dahulu.

Kalau tekan tiga kali, ia akan masuk mod aksesori. – kata Perodua.

Selain itu, mereka juga berkongsi beberapa tips yang sepatutnya pemilik kereta tahu.

Antara perkara yang dijelaskan adalah mengenai jumlah tekanan angin yang diperlukan oleh sesuatu kereta. Pemilik boleh melihat pelekat rujukan yang dilekatkan pada panel pintu agar tayar dapat berfungsi pada kadar yang optimum.

image is not available

gambar hiasan

Perodua turut menyatakan amalan menutup penghawa dingin semasa memandu tidak menjimatkan minyak, sebaliknya ia lebih makan minyak.

Sekarang, bolehlah korang kongsi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mengenai ‘amalan’ yang disangkakan betul, rupanya tidak benar sama sekali.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

“Kalau Mampu Myvi Je, Janganlah Pakai Toyota Vios” - Ramai Penjawat Awam Bankrap Sebab Nak Menunjuk-Nunjuk