Perodua sumbang Ativa kepada Perbadanan Wakaf Selangor

Business & Finance
16 Jun 2023 • 4:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyerahan sumbangan Perodua Ativa oleh Perodua kepada PWS sebagai sokongan operasi wakaf di Selangor.

PWS menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, sumbangan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) itu sebagai menghargai dan menyokong perjuangan PWS dalam mengurus serta mentadbir harta wakaf di Selangor.

Menurutnya, satu majlis ringkas penyerahan kenderaan tersebut telah berlangsung di Bangunan Korporat Perodua Sungai Choh Rawang.

"Penyerahan kenderaan Perodua Ativa ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad kepada Pengerusi PWS, Datuk Ibrahim Md Yusof.

"PWS turut membuat pembelian sebuah Perodua Alza dan diserahkan pada majlis sama, " menurut kenyataan pada Jumaat.

Turut hadir pada program itu, Timbalan Pengerusi PWS, Datuk Mohd Misri Idris dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Anuar Hamzah Tohar.