Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi

13 Feb 2025 • 12:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan berdiam diri! Anda boleh dapatkan Hak Tebus Rugi anda daripada peniaga melalui pelbagai jenis tuntutan ganti rugi

Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi. Pernah beli barang yang tak sampai seminggu dah rosak? Atau bayar untuk servis yang hancur lebur tapi peniaga buat dek je?

Jangan biarkan diri anda ditindas! Sebagai pengguna, anda ada hak untuk menuntut pampasan dan ganti rugi. Jangan berdiam diri, ini cara untuk claim hak anda.

image is not available
Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi. Sumber: Facebook KPDN

2 Jenis Situasi Yang Boleh Anda Tuntut

Menurut Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TPPM), ada dua jenis situasi di mana anda boleh buat tuntutan:

Situasi 1: Barang/Perkhidmatan Rosak Tapi Masih Boleh Dibaiki

Kalau barang yang anda beli boleh diperbaiki, anda boleh:
Minta pembaikan secara percuma
Minta barang ganti yang baru
Dapatkan pembayaran balik kalau tak puas hati
Gunakan khidmat pihak ketiga dan minta peniaga bayar kosnya

Situasi 2: Barang/Perkhidmatan Rosak Dan Tak Boleh Dibaiki

Kalau barang yang rosak tu dah tak ada harapan untuk dibaiki, ini yang anda boleh buat:
Pulangkan barang dan dapatkan refund penuh
Batalkan kontrak perkhidmatan jika servis yang dijanjikan tak menepati standard
Tuntut ganti rugi untuk kerosakan yang berlaku

Apa Yang Perlu Anda Buat?

Simpan semua bukti pembelian – resit, invois, kontrak, atau sebarang komunikasi dengan peniaga.
Ambil gambar atau rakam video sebagai bukti kerosakan.
Laporkan segera kepada peniaga dan berikan tempoh masa munasabah untuk mereka respon.
Jika tiada tindakan, failkan tuntutan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TPPM).

Jangan biarkan hak anda sebagai pengguna dipijak! Fahami hak, simpan bukti, dan berani bertindak bila berlaku penindasan. Kalau anda pernah alami situasi sebegini, kongsikan di ruangan komen.

Baca juga artikel yang berkaitan: