Perolehan Hampir RM1.19 Bilion Perkasa Maritim Malaysia Dalam Menjaga Keselamatan Perairan Negara

LocalPolitics
20 May 2025 • 11:25 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perolehan Hampir RM1.19 Bilion Perkasa Maritim Malaysia Dalam Menjaga Keselamatan Perairan Negara

LANGKAWI, 20 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan operasi maritim negara apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) memeterai beberapa perjanjian strategik bernilai hampir RM1.19 bilion pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2025) yang berlangsung bermula hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, perolehan ini merupakan langkah penting bagi memperkukuh kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

image is not available

“Perjanjian yang ditandatangani ini melibatkan pembelian Kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) daripada Desan Shipyard bernilai RM 300,000,000, penyelenggaraan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) di Semenanjung Malaysia oleh AMP Corporation (M) Sdn Bhd bernilai RM59,454,000 juta, dan perolehan empat helikopter medium lift melalui Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd di bawah Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM529,662,600.

image is not available

“Turut dimeterai ialah Surat Hasrat (LOI) bagi penyiapan dua buah Offshore Patrol Vessel (OPV 2 dan OPV 3) oleh Shin Yang Shipyard Sdn Bhd, dengan nilai projek mencecah RM298,500,000,” tambah beliau.

Majlis yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi itu menyaksikan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman telah hadir menandatangani kontrak perolehan bersama syarikat-syarikat tersebut.

image is not available

Majlis berkenaan turut disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta barisan kepimpinan tertinggi kementerian.

Sementara itu, Datuk Haji Mohd Rosli turut menegaskan, Maritim Malaysia sentiasa komited untuk meningkatkan keupayaan aset dan sistem pemantauan demi menjamin keselamatan perairan negara.

image is not available

“Perolehan ini akan membantu melicinkan operasi dan mempercepatkan respons terhadap sebarang ancaman atau kecemasan di laut,” katanya.

Beliau turut berkata, kapal dan helikopter baharu yang bakal diperoleh itu akan meningkatkan keupayaan rondaan jarak jauh, operasi penguatkuasaan serta misi mencari dan menyelamat di kawasan perairan Zon Maritim Malaysia.

Selain Maritim Malaysia, majlis yang sama turut menyaksikan sesi menandatangani nilai kontrak dan perolehan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah lebih RM281 juta.