Perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat perlu dikekalkan: Vivian

18 Jan 2024 • 12:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata perpaduan dan keharmonian yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang penting untuk dikekalkan dan terus dipupuk.

Dalam masa sama, katanya, sikap toleransi dan saling memahami juga penting dalam mewujudkan keharmonian selain mengelak perselisihan faham.

Beliau berkata demikian pada Program Sambutan Tahun Baharu Cina di Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, di sini, Selasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah 1, Kolej Prauniversiti KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan Anitha Vincent, Timbalan Pengarah 2 Clement Jipiu, Timbalan Pengarah 3 Hamdan Samad, pensyarah dan pelajar.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Persembahan tarian singa yang menjadi antara aktiviti pengisian mendapat sorakan pelajar dan warga kolej.

Mengenai program itu, Vivian berkata, ia antara lain memberi peluang kepada warga kolej untuk sama-sama meraikan kepelbagaian perayaan yang ada di negara ini dengan penuh harmoni selain sama-sama mengenali adat budaya yang diwarisi.

Vivian turut merakam penghargaan kepada semua jawatankuasa penganjur yang menjayakan sambutan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.