Perpaduan kaum kunci utama keharmonian, kesejahteraan rakyat dan negara - Agong

LocalPolitics
31 Aug 2023 • 8:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perpaduan berbilang kaum ialah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi hantaran melalui Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka bertitah ia bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

"Malah, keutuhan perpaduan ini adalah juga kunci utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara serta benih dan sumber kekuatan bagi kita menghadapi apa jua cabaran semasa dan mendatang,” titah Al-Sultan Abdullah.