Perpaduan tak boleh dikompromi! Podcast KPT dilancar, dekatkan rakyat dengan ilmu – Zambry

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 10:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan kepelbagaian kaum, budaya dan agama adalah kekuatan negara yang perlu diraikan, sambil menekankan peranan akademia dalam menyumbang ilmu kepada masyarakat sebagai kunci kepada pembangunan dan perpaduan nasional.

“Prinsip ‘agree to agree and agree to disagree’ wajar diamalkan bagi mengekalkan keharmonian supaya rakyat dapat hidup bersama dalam suasana saling hormat-menghormati,” kata beliau.

image is not available

Perpaduan tak boleh dikompromi

Beliau berkata, para pensyarah, profesor dan pakar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tidak boleh membataskan kepakaran mereka hanya di kampus, sebaliknya perlu turun padang membantu menyelesaikan isu sosioekonomi setempat agar manfaat pendidikan tinggi dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa perpaduan negara tidak boleh dikompromi dan sambutan bulan kemerdekaan harus dijadikan wadah memperkukuh hubungan rakyat tanpa mengira latar belakang, selain mengelakkan isu sensitif dijadikan modal perpecahan.

image is not available

Artikel lain: Dakwaan lambakan pelajar China tak benar, KPT sentiasa utamakan kuota anak tempatan di IPTA

Beliau berucap dalam siri sulung Podcast KPT bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan KPT bagi Ogos 2025, yang menjadi medium baharu kementerian untuk menyampaikan maklumat sahih, menjawab isu semasa dan mempromosikan pencapaian IPT.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md Amir; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; dan Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail; serta pegawai kanan KPT dan seluruh warga kementerian.

image is not available

image is not available

Terdahulu, para hadirin mengikuti diskusi bedah buku ‘RMK: Tujuan dan Pelaksanaannya’ dalam program TELAAH yang dikendalikan hos Sayed Munawar bersama Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dari Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, yang menghuraikan peranan penting dasar pembangunan negara sebagai pemacu perpaduan nasional dan kesejahteraan masyarakat.

image is not available

image is not available

Pada majlis sama,Dr. Zambry turut melancarkan kempen sambutan bulan kemerdekaan peringkat kementerian bagi memupuk semangat cintakan tanah air dan pertiwi dalam kalangan warga KPT.

View Original Article