"Perpaduan Teras Malaysia Madani" adalah tema sambutan majlis meraikan Maulidul Rasul pada 12 Rabiui Awal 1445 Hijrah

Business & Finance
29 Sep 2023 • 5:30 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: "Perpaduan Teras Malaysia Madani" adalah tema sambutan majlis meraikan Maulidul Rasul pada 12 Rabiui Awal 1445 Hijrah
Dr. Zul (duduk kanan) Pengarah Operasi ‘Corporate Wargame' untuk Eksekutif MAS bekerjasama erat dengan Panglima, Pegawai-pegawai & para anggota 10 Briged Para. Foto: HMetro

Salam Maulidul Rasul kepada semua Muslimin dan Muslimat. Nabi Muhammad SAW ialah seorang pemimpin unggul dan pahlawan sejati Islam. Oleh itu, bersemperna hari yang sangat bermakna ini, marilah kita hayati peribadi junjungan besar kita, dan sedaya upaya cuba mempraktikkan sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan dan pekerjaan harian kita. Oleh itu, tarikh Maulidul Rasul adalah hari yang sangat bersejarah. Di Malaysia, sambutan tahun ini Maulidul Rasul akan disambut pada 28hb September, 2023.

Professor Dr. Michael H. Hart, Dekan, California Lutheran University, seorang astrofisikawan dan pengarang yang terkenal menulis buku ‘100 Tokoh yang paling Berpengaruh dalam Sejarah’ (The 100: A ranking of the Most Influential Persons in History) telah menyatakan “…Kesatuan tunggal yang tidak ada bandingannya dalam mempengaruhi bidang keagamaan dan duniawi secara bersamaan, mampu menjadikan Nabi Muhammad SAW layak dianggap sebagai pemimpin unggul yang mempengaruhi sejarah umat manusia.”

Michael menambah kata, “Pemimpin yang tidak hidup bersama pasukannya adalah seorang yang tidak mampu mengetahui keadaan psikologi mereka. Adapun Nabi Muhammad SAW, ia pemimpin yang lahir di antara pasukannya, hidup bersama mereka, mempelajari keadaan psikologi mereka, dan mengetahui kemampuan mereka. Baginda selalu memilih pahlawan yang tepat & hebat untuk melaksanakan suatu tugas dengan pantas. Baginda sentiasa mempercayai pasukannya seperti seorang ayah yang menyayangi anak-anaknya.”

Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul tahun ini, “Perpaduan Teras Malaysia Madani” maka kita boleh mencontohi Nabi Muhammad SAW yang sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap latihan untuk keamanan. Menurut sirah Rasulullah, ketika menggerakkan pasukannya, Baginda selalu memperdulikan penjagaan, dan waspada terhadap apa pun maklumat yang diperolehi. Bahkan, ketika kaum muslimin hendak melaksanakan solat dalam keadaan perang, Baginda telah memerintahkan mereka membahagikan pasukan menjadi dua bahagian. Satu bahagian berperang, manakala satu bahagian yang lain berjaga-jaga dengan berselendangkan senjata dan siap siaga untuk bertempur. Pasukan Baginda dinamis serta cepat bergerak dan fleksibel melaksanakan strateginya.

Oleh itu, Akademi Penerbangan Malaysia (MAS) di awal tahun 90an telah mengambil iktibal menggembeling latihan untuk melonjak program pembangunan kakitangannya.


Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.