Perpaduan Ummah Mudah Dicapai Jika Parti Melayu-Islam Berlapang Dada - PAS

Politics
12 Oct 2022 • 7:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar fail AFP

KUALA LUMPUR - PAS yakin usaha menjayakan gagasan perpaduan ummah akan lebih mudah dicapai apabila semua parti utama Melayu-Islam dan Bumiputra, berlapang dada serta berjiwa besar dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, usaha itu juga boleh direalisasikan dengan melihat kepentingan lebih besar, iaitu kestabilan negara dan kebahagiaan rakyat.

“Dalam hal ini, PAS berpandangan bahawa konsep dominasi politik oleh golongan majoriti dalam sesebuah negara, bukanlah sesuatu yang berbentuk rasis dan tidak adil.

“Sebaliknya ia adalah lumrah penerimaan umum di mana-mana negara di dunia,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook malam tadi.

image is not available
Takiyuddin Hassan

Mengulas mengenai persiapan PAS menghadapi PRU-15, Takiyuddin berkata, seluruh jentera parti itu diminta supaya bersiap sedia sepenuhnya.

Katanya, sebagai sebuah parti berteraskan Islam, seluruh pimpinan, ahli serta penyokong PAS juga dikehendaki terus menjaga adab dan kesopanan, seperti mana diajar agama.

Beliau berkata, ia termasuk mengelakkan segala hantaran (posting), mahupun artikel di media sosial yang boleh menimbulkan kebencian dan fitnah, termasuk terhadap lawan politik.

“Perlu diingat bahawa Perlembagaan PAS menetapkan semua ahlinya antara lain, perlu sepanjang masa mengamal akhlak Islam serta sentiasa mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Perbuatan seumpama ini merupakan suatu kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan sewajarnya,” katanya. – 12 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved