
KINABATANGAN: Perpustakaan masih terus menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan, termasuk pembelajaran khasnya pelajar sekolah.
Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Harun Durabi, berkata ini dapat dilihat dengan kehadiran pengunjung ke perpustakaan di negeri ini.
“Meskipun dunia kini semakin bergerak ke arah teknologi baharu, perpustakaan kekal relevan,” ujarnya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian sejurus merasmikan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit dan Penutupan Karnival Gempak Literasi Peringkat Negeri Sabah 2025 di Perpustakaan Negeri Cawangan Kinabatangan, di sini, baru-baru ini.
Harun mewakili Menterinya, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
