Perpustakaan Selangor Kini Sediakan Pinjaman Desktop Dan Laptop Secara Percuma

TechnologyDigital
8 Nov 2022 • 4:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perpustakaan Selangor kini menyediakan sebuah inisiatif baharu, dinamakan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS). Melaluinya, warga Selangor boleh meminjam desktop dan juga laptop secara percuma untuk digunakan sehingga selama 60 hari.

image is not available

Penawaran ini adalah selari dengan peningkatan penerapan digital dalam kehidupan harian – terutamanya oleh para pelajar.

Setiap desktop dan laptop yang dipinjamkan akan ditawarkan bersama pembesar suara, WiFi, webcam, dan juga perisian Microsoft Office.

image is not available

Program pinjaman desktop dan laptop ini disediakan melalui 50 buah Perpustakaan Awam Selangor. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan permohonan dan menyemak maklumat lanjut berkenaan program ini melalui laman rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.