Persada kurangkan masa menunggu pesakit, bakal diperluas

LocalHealth & Fitness
26 Sep 2026 • 1:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Persada kurangkan masa menunggu pesakit, bakal diperluas

PADANG BESAR – Pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (Persada) di Perlis berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan lebih 86 peratus daripada mereka dapat bertemu doktor dalam tempoh kurang sejam.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, hampir 62.8 peratus pesakit pula dapat bertemu doktor dalam tempoh kurang 30 minit sejak inisiatif itu dilaksanakan sebagai projek rintis di negeri ini kira-kira empat bulan lalu.

“Lebih 86 peratus daripada pesakit yang datang dapat bertemu dengan doktor dalam tempoh kurang 60 minit, manakala hampir 62.8 peratus dapat bertemu doktor dalam tempoh kurang 30 minit.

“Ini satu peningkatan yang baik berbanding di peringkat kebangsaan,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Persada di Klinik Kesihatan Padang Besar di sini hari ini.

Menurut Fahmi, lebih 200,000 pesakit di Perlis sudah menerima manfaat daripada pelaksanaan sistem berkenaan sepanjang tempoh projek rintis itu.

Katanya, Persada turut menyokong penggunaan Rekod Perubatan Elektronik yang membolehkan rekod pesakit diakses dengan lebih mudah oleh doktor merentasi fasiliti kesihatan.

Beliau berkata, sistem itu bukan sahaja dapat mempercepat proses pendaftaran, malah mengurangkan kebergantungan kepada rekod fizikal pesakit yang sebelum ini perlu dirujuk sebelum rawatan diberikan. – KOSMO! ONLINE

The post Persada kurangkan masa menunggu pesakit, bakal diperluas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved