Persahabatan peribadi bantu percepat rancangan Malaysia-Brunei

Politics
25 Jan 2023 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (kiri) beramah mesra dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada Majlis Persantapan Rasmi di Istana Nurul Iman hari ini. - Foto Bernama

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya persahabatan peribadi antara beliau dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai perancangan melibatkan kedua-dua negara.

"Bila kepimpinan negara dengan persahabatan yang erat...(jika ada perancangan) saya akan tanya progres, akan pantas (pelaksanaannya).

"Tuanku banyak tengok dan mengikuti perkembangan (di Malaysia). Hubungan persahabatan itu penting, hubungan kita baik...aspek peribadi. Sepanjang saya dalam kesusahan, Tuanku sering lahirkan keprihatinan,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan beliau ke Brunei di sini hari ini.

Katanya perkara itu boleh dilihat dalam lawatan rasmi dua hari beliau sejak semalam.

"Saya rasa ada hubungan istimewa di situ, Tuanku dapat melihat persahabatan peribadi dan kekeluargaan yang bantu memperkukuh dan memperkemas hubungan dua hala,” katanya.

AKAN MENYUSUL