Persatuan Bekas Pemain anjur klinik kemahiran asas

LocalFootball
24 Apr 2025 • 11:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri akan menganjurkan klinik bimbingan kemahiran asas untuk lelaki dan perempuan di SMK Gunsanad II di Keningau pada hujung minggu ini (26-27 April).

Presidennya Datuk James Wong berkata seramai 130 pelajar dari enam sekolah di daerah itu dijangka menyertai sesi dua hari yang dikendalikan oleh bekas pemain antarabangsa Yap Wai Loon dan Razali Zinin itu.

“Klinik untuk pelajar ini adalah salah satu objektif persatuan untuk memainkan peranan percuma kepada Sabah FA bagi membangunkan taraf bola sepak di negeri ini.

“Yap dan Razali akan dibantu oleh tujuh guru dari enam sekolah dan enam pemain wanita negeri dan kebangsaan dan antaranya ialah Laini Ahing, Nortina Hongkalis dan Salbiah Lukis.

“Penyelaras kami di Keningau ialah Shamugam Sundram, yang juga bekas pemain negeri dan enam sekolah terbabit ialah SMK Gunsanad I, SMK Gunsanad II, SMK Bingkor,SMK Keningau SM St Francis Xavier dan SMK Agama Keningau,” katanya.

James menambah, lawatan ke Keningau itu akan menjadi permulaan aktiviti persatuan pada tahun ini dan ia berkemungkinan akan diikuti dengan klinik serupa yang akan diadakan di Ranau dan Kota Belud.

Terdapat juga kemungkinan kejohanan bola sepak untuk kejohanan peringkat umur akan diadakan di Kota Kinabalu hujung tahun ini.