Persatuan Bola Sepak Malaysia diminta bantu naik taraf padang

LocalFootball
11 Jul 2025 • 11:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diharap dapat membantu Sabah menaik-taraf kualiti padang bola di negeri ini yang dilihat banyak ketinggalan – sesuai kemampuannya yang banyak melahirkan bintang sukan membanggakan negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, negeri ini hanya mengharapkan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan sedangkan banyak infrastruktur memerlukan perbelanjaan besar.

“Kita di Kementerian Kewangan sering berdepan konflik kerana banyak fasiliti bola sepak ini memerlukan kos penyelenggaraan yang sangat besar,”katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurutnya, Sabah sudah melahirkan ramai bintang sukan dan pastinya fasiliti asas perlu disediakan sebaiknya dengan sokongan semua pihak demi peningkatan berterusan.

Rina bercakap kepada media selepas merasmikan Seminar dan Ujian Kecergasan Tahunan Pengadil Bola Sepak Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025/2026 di sini pada Rabu.

Menyentuh program itu yang disertai 36 bakal pengadil bertauliah dari seluruh Sabah, Rina menyatakan ini merupakan satu pencapaian sangat membanggakan apabila Tawau terpilih sebagai destinasi penganjuran seminar peringkat Zon Sabah oleh FAM sendiri.

Rina yakin kehadiran FAM akan merangsang semangat para pengadil muda untuk terus aktif dan mencungkil lebih ramai bakat berpotensi, khususnya di daerah ini.

Dalam masa yang sama, katanya, program berkenaan diperlukan untuk pemantapan integriti dan minda sukan, apatah lagi cabaran sebagai seorang pengadil yang perlu mengadili permainan sebaik mungkin sehingga berdepan pelbagai risiko, termasuk unsur rasuah.

Sementara itu, Ketua Unit Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha berkata, Sabah menunjukkan peningkatan ketara jumlah pengadil apabila kini mencapai 36 peserta seminar berbanding 15 sahaja sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya memberikan fokus kepada integriti dan pemantauan berterusan kepada para pengadil menerusi seminar-seminar yang diadakan, selain berusaha melahirkan lebih ramai pengadil wanita dan muda dari Sabah.