Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah

17 Jul 2024 • 1:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Permit Buru Buaya di Sabah Dibantah Hebat oleh CAP

Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew serta Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk menghentikan permit memburu buaya sepanjang tahun di negeri itu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, menyuarakan kebimbangan pihaknya terhadap pengeluaran permit tersebut. Menurut beliau, apa yang lebih perlu diutamakan adalah penyelidikan bagi mengawal populasi buaya dan menguruskan konflik manusia-buaya dengan lebih berkesan.

image is not available

Persatuan Di Pulau Pinang Gesa Henti Beri Permit Buru Buaya Di Sabah

“Tumpuan perlu diberikan kepada mempromosikan pendidikan dan bukannya pembasmian,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan berita tempatan pada Mei tahun ini yang menyatakan JHL Sabah telah membuka permohonan lesen untuk memburu buaya sepanjang tahun dalam usaha mengimbangi populasi hidupan liar itu di negeri berkenaan.

Dalam laporan tersebut, Christina menyatakan bahawa maklum balas yang diterima JHL Sabah berhubung permohonan lesen itu masih pada tahap minimum.

“Pemburuan buaya dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan konflik manusia-buaya, selain mewujudkan industri berasaskan hidupan liar itu.

“Saya berharap pendekatan ini bukan saja mengurangkan konflik (manusia-buaya) tetapi juga membuka pintu kepada peluang baharu seperti pelancongan dan pengeluaran barangan mewah, sekali gus dapat mengukuhkan ekonomi tempatan,” kata Christina.

Baca juga artikel semasa di bawah: