Persatuan Kadazan Sabah terus bantah guna istilah ‘Momogun’

LocalPolitics
14 Jun 2024 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PENAMPANG: Persatuan Kadazan Sabah (KSS) mengulangi pendirian tegasnya terhadap bantahan masyarakat Kadazan terhadap penggunaan ‘Momogun’ sebagai istilah generik bagi orang asal di Sabah.

Timbalan Presidennya Datuk Albert F. Tokuzip berkata KSS gagal memahami bagaimana perdebatan berterusan mengenai ‘Momogun’ boleh diselesaikan “sepenuhnya” dalam hanya satu hari.

“Satu ‘referendum kebangsaan” seperti yang kita fahami dalam konteks ini adalah untuk mendapatkan undi orang-orang di seluruh negara, khususnya Sabah, yang secara langsung terkesan dengan cadangan ‘Momogun’ digunakan sebagai istilah generic untuk semua orang asal di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Beliau merujuk kepada artikel Daily Express yang memetik Presiden Kongres Nasional Momogun Tan Sri Wences Angang sebagai berkata MNC akan menganjurkan referendum kebangsaan pada 3 Ogos untuk menghentikan semua perdebatan berterusan mengenai penggunaan ‘Momogun’ sebagai istilah generik bagi orang asal di Sabah.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Wences dipetik berkata sudah tiba masanya kita menyelesaikan isu itu sekali gus.

KSS telah menyatakan bantahan terhadap penggunaan ‘Momogun’ dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam akhbar sama pada 30 April lalu.

Pada 3 Mei 2024, dalam artikel di bawah tajuk ‘Let the person decide: Sipaun’ dalam Daily Express, seorang tetua Kadazan Tan Sri Simon Sipaun dalam perkara sama menasihatkan, “Kita harus menyerahkan kepada individu apa yang mereka ingin dirujuk.

Ia tidak sepatutnya ditentukan oleh mana-mana individu atau kumpulan.

”Beliau memberi amaran “Anda mencipta masalah dan kekeliruan yang tidak perlu. Biarkan rakyat sendiri memilih gelaran bangsa mereka.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.