Persatuan Kartografi Melaka Jejak Jambatan Lama Di Putrajaya

20 Dec 2024 • 11:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Persatuan Kartografi Melaka Jejak Jambatan Lama Di Putrajaya

Bentuk muka bumi Malaysia kaya dengan sumber air seperti sungai, air terjun dan kolam semula jadi. Maka tidak hairanlah wujudnya jambatan, titi atau jeti yang telah dibina sebagai laluan perhubungan sejak beratus tahun dahulu lagi.

Apabila kerajaan mula membangunkan laluan baru yang lebih selamat dan memudahkan perjalanan, kebanyakan binaan-binaan lama ini sudah tidak lagi digunakan. Namun sebenarnya, binaan-binaan ini masih boleh ditemui.

Kali ini, Persatuan Kartografi Melaka berkongsi penjejakan sebuah jambatan yang pernah menjadi laluan penting di Lembah Klang suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik, jambatan usang yang ditemani pohonan rimbun itu kelihatan seperti masih digunakan sehingga ke hari ini. Ikuti perkongsian penyelidik Persatuan Kartografi Melaka, Saudara Shahrul Azzim Abd Aziz berikut.

Jambatan lama yang pernah menjadi laluan utama ini terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya

image is not available
Kredit: Persatuan Kartografi Melaka

Pasukan penyelidik Persatuan Kartografi Melaka yang diwakili oleh Dr. Mohamad Rohaizat Abdul Wahab dan saudara Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi) berpeluang menjejaki warisan sejarah yang semakin dimamah usia yang terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

image is not available
Kredit: Persatuan Kartografi Melaka

Warisan sejarah yang dimaksudkan adalah sebuah jambatan lama yang dahulunya pernah menjadi laluan penting dalam menghubungkan sebahagian bandar – bandar utama di sekitar Selangor sebelum wujudnya jaringan jalan dan lebuh raya moden seperti yang ada pada masa kini.

image is not available
Kredit: Persatuan Kartografi Melaka

Berdasarkan beberapa naskah kartografi lama yang dianalisa oleh pasukan penyelidik antaranya naskah kartografi yang diterbitkan pada tahun 1950 dan 1964, kelihatan lokasi yang menempatkan jambatan lama tersebut terletak di laluan yang menghubungkan Puchong, Dengkil dan juga Kajang selain daripada beberapa bandar yang terletak di sekitar laluan tersebut. Mungkin dahulunya laluan ini pernah sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan untuk ke lokasi-lokasi yang dinyatakan sebelum perkhidmatannya sebagai laluan utama dihentikan.

image is not available
Kredit: Persatuan Kartografi Melaka

Struktur jambatan bersejarah tersebut kelihatan semakin usang dan usaha pemuliharaan semula struktur yang pernah menjadi laluan penting yang digunakan masyarakat lampau untuk ke bandar-bandar utama haruslah dilakukan agar ia terus kekal terpelihara sebagai warisan sejarah dan dapat ditatapi masyarakat sekarang dan akan datang.