
PENAMPANG: Presiden Kongres Nasional Momogun (MNC) Tan Sri Wences Angang (gambar) menggesa pertubuhan atau persatuan Momogun yang masih belum menjadi Ahli Institusi MNC supaya bersatu dan memacu bersama-sama agar istilah Momogun digunakan sebagai klasifikasi rasmi untuk semua Kumpulan etnik Dusunik, Murutik dan Paitanik.
Beliau membuat gesaan itu pada majlis makan malam anjuran MNC untuk pelbagai persatuan etnik di D’Arc Hotel Donggongon, di sini baru-baru ini, sempena Hari Orang Asli Sedunia 2023.
Majlis makan malam itu dihadiri Penasihat dan Presiden Pengasas MNC Tan Sri Bernard Dompok dan wakil Ahli Institusi MNC iaitu Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI), Institut Kemajuan Ekonomi Orang Asli [Sabah] (Indep), Pertubuhan Pembangunan Wanita Desa Pantai Barat (Desanita), Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA), Koperasi Tataba Ranau Berhad, Koperasi Towud Apin-Apin Keningau Berhad dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Besar Kota Kinabalu.
Antara tetamu yang hadir ialah wakil institusi Momogun iaitu Persatuan Keturunan Sonsogon Daerah Pitas, Persatuan Murut Sabah, Pertubuhan Mamagun Sabah, Persatuan Sino-KDM Sabah, Persatuan Tobilung Bersatu Sabah, Persatuan Lun Bawang Sabah, Persatuan Lundayeh Sabah, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Lotus Sabah, Persatuan Tombonuo Sabah, Persatuan Dusun Kujau Sabah (PDKS), Persatuan Etnik Murut Tangala Sabah (Pemutas), Persatuan Kebudayaan Dusun Liwan Sabah (PKDLS), Persatuan Murut Tahol Sabah, Persatuan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Persatuan Rungus Pitas Sabah, Persatuan Sino-Kadazan Dusun Murut Pitas Sabah, Pertubuhan Etnik Murut Kolor Sabah, Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Pertubuhan Tindal Bersatu Sabah (Usto).
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Wences juga mengalu-alukan kedatangan tetamu ke acara Hari Orang Asli Sedunia anjuran MNC yang julung kali diadakan dan melahirkan harapannya agar perhimpunan dan persahabatan itu akan menjadi acara tahunan dan permulaan kepada acara masa depan yang dilengkapi dengan pameran dan karnival untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan dari masyarakat Momogun.
Semasa acara itu, satu gambaran ringkas tentang Pelan Tindakan MNC untuk kemajuan dan pembangunan Momogun seperti yang digariskan dalam Agenda Transformasi Ekonomi MNC atau Meta telah dibentangkan kepada hadirin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
