Persatuan Pembina Minta KPDN Siasat Punca Kenaikan Harga Konkrit, Simen

19 Dec 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Harga konkrit dan simen mengalami kenaikan sebanyak 15 peratus pada bulan lepas setelah ia meningkat sebanyak 15 peratus pada Mac lalu. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta menyiasat punca kenaikan harga konktrit dan simen yang mendadak sejak November 2020.

Persatuan Pembina Johor, Persatuan Pembina Melaka, Persatuan Kontraktor Perak dan Persatuan Pembina Pulau Pinang dalam satu kenyataan bersama berharap agar isu itu mendapat perhatian KPDN dan diselesaikan dengan segera.

“Kami juga ingin memanjangkan rayuan kepada kementerian untuk membuat semakan, sama ada terdapat mana-mana pihak yang mungkin telah melanggar Akta Persaingan yang melarang perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran semasa pelaksanaan kenaikan harga ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kenaikan sekali lagi harga konkrit dan simen sebanyak 15 peratus pada bulan lepas setelah ia meningkat sebanyak 15 peratus pada Mac, bakal menjejaskan seluruh industri pembinaan dan meletakkanya dalam keadaan tertekan.

“Bagaimanapun, kami berharap semua pihak dalam industri pembinaan dapat meneruskan persekitaran perniagaan yang sememangnya sukar ketika ini dengan cara yang lebih mampan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved